fbpx

Penunggang maut terbabas di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggangi terbabas di kilometer 231.9, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, pagi tadi. - IHSAN POLIS

REMBAU – Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggangi terbabas di kilometer 231.9, Lebuh raya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu, mangsa, Muhammad Faizul Mohd Latih, 27, beralamat di Ledang, Johor, disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 bergerak bersendirian dari arah Melaka menghala ke Kuala Lumpur.

“Sampai di tempat kejadian dipercayai hilang kawalan, terbabas sendiri lalu terjatuh di lorong kecemasan. Akibat kemalangan penunggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat petang ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI