fbpx

Pesakit maut jatuh tingkat tujuh Hoshas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

TEMERLOH – Seorang lelaki yang sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan hospital berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusof berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki berusia 19 tahun itu bertindak terjun daripada tingkat tujuh bangunan berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

“Siasatan dijalankan mendapati tiada sebarang kaitan dengan unsur jenayah dan si mati merupakan seorang pesakit yang sedang dirawat di hospital berkenaan.

“Berdasarkan laporan daripada doktor, pesakit dirawat kerana mengalami demam panas dan juga jangkitan kuman pada otak,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Azhar polis telah membuka kertas siasatan dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat mangsa di hantar ke unit forensik Hoshas untuk saringan Covid-19 dan bedah siasat.

“Pihak polis mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini dan sekiranya ada maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis dan balai berdekatan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI