fbpx

Penganjur fun fair berdepan denda RM50,000, penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH satu permainan yang ditawarkan pengusaha fun fair di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

PETALING JAYA – Penganjur fun fair di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor berdepan denda RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun sekiranya didapati cuai memastikan tahap ke­selamatan alat permainan dalam keadaan baik sebelum operasi.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) Selangor, Baharuddin Mamat berkata, tindakan berkenaan mengikut Seksyen 17 (1) dan (2), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.

Menurutnya, pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan bagi memperoleh punca kemalangan.

“Siasatan awal yang kita peroleh mendapati, ia bukan berpunca dari keadaan cuaca tetapi lebih kepada mangsa tercampak keluar dari cage (sangkar).

“Sehubungan itu, kami berpendapat ia merupakan ke­cuaian pihak penganjur yang tidak memeriksa peralatan sebelum beroperasi.

“Kegagalan pihak majikan untuk mematuhi peruntukan perundangan sedia ada di bawah Seksyen 19 AKKP 1994 boleh menyebabkan pihak berkenaan didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini semalam.

Berita berkaitan: Saya dengar jelas mereka meraung kesakitan – adik mangsa

Kosmo! sebelum ini melapor­kan tiga individu termasuk kanak-kanak cedera selepas alat permainan ‘Sotong Ride’ tercabut di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, kelmarin.

Tambah Baharuddin, penga­njur pesta ria perlu mematuhi undang-undang serta garis panduan mengendalikan permainan berisiko tinggi yang telah ditetapkan bagi mengelak kemalangan.

Berita berkaitan: ‘Fun Fair di Puncak Alam rupanya tak berlesen

Jelasnya, antara keperluan utama yang perlu dibuat pengusaha adalah memastikan jentera diperiksa badan pemeriksa bertauliah atau pihak ketiga sebelum beroperasi.

Katanya, mereka juga perlu mengemukakan hasil pemeriksaan tersebut kepada DOSH sebelum kebenaran memulakan operasi pesta ria itu diluluskan.

“Antara langkah-langkah awal yang perlu dibuat oleh majikan hendaklah memastikan semua kelengkapan keselamatan telah diperiksa dan dalam keadaan berfungsi dengan selamat dan mengikut standard yang ditetapkan oleh DOSH,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI