fbpx

Mahkamah: Dua lelaki laku amang seksual kekal hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Khairin Safwan (tengah) dihukum penjara tiga tahun dan satu sebatan kerana melakukan amang seksual fizikla terhadap seorang kanak-kanak di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas menolak rayuan dikemukakan tertuduh berusia 42 tahun terhadap hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen di sini pada 26 Januari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan yang ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di bandar raya ini pada 6 Jun 2019.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh disabitkan kesalahan iaitu 26 Januari lalu selain diarah menjalani perintah pengawasan selama setahun selepas dibebaskan kelak.

Dalam prosiding berasingan, hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan terhadap seorang bekas pelajar institut kemahiran turut dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Datuk Hassan mengekalkan hukuman itu ke atas Mohamad Khairin Safwan Khairul Azman, 24, bermula tarikh disabitkan kesalahan, 15 April lalu serta perintah pengawasan juga selama setahun.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak yang ketika itu berusia tujuh tahun di sebuah rumah di bandar raya ini pada 25 Januari 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI