fbpx

Cacing ‘menari’ dalam testis lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu disahkan mengalami elephantiasis atau penyakit kaki gajah. - New England Journal of Medicine.

NEW DELHI – Seorang lelaki di India menimbulkan kekecohan di Internet selepas buah zakar kanannya bengkak akibat dimasuki seekor cacing, lapor akhbar New York Post semalam.

Satu rakaman memaparkan haiwan parasit itu ‘menari’ di bahagian kemaluan lelaki itu tular di media sosial.

“Daripada keputusan ujian ultrasound, struktur bergerak dapat dilihat dalam saluran limfa (saluran nipis yang mengangkut cecair dan sel darah merah dalam skrotum,” tulis doktor dalam satu kajian kes mengenai penemuan cacing itu.

Kajian itu diterbitkan dalam New England Journal of Medicine. 

Pesakit itu dilaporkan kepada Hospital Max Super Specialty di New Delhi selepas mengalami ‘sakit dan bengkak pada skrotum serta deman selama sebulan, jelas kajian itu.

Lelaki itu didiagnosis mengalami filariasis limfa yang biasanya dikenali sebagai elephantiasis. 

Ia berlaku akibat gigitan nyamuk yang menyebarkan cacing mikroskopik, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Pesakit itu bernasib baik kerana tindakan doktor yang memeriksa testisnya lebih awal. Cacing itu berjaya ditangani sepenuhnya selepas pesakit diberikan ubat anti parasit. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI