fbpx

PM tekad teruskan hubungan baik dengan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar semasa menerima kunjungan Duta China ke Malaysia di pejabat beliau semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia bertekad untuk terus memperkukuhkan hubungan baik dengan China yang sedia terjalin ketika ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Anwar berkata, hubungan tersebut termasuk perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

“Semalam saya telah menerima kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing yang diiringi oleh delegasinya.

“Malaysia dan China bertekad untuk terus memperkukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta kepentingan bersama,” tulisnya.

Anwar menambah, semasa pertemuan itu juga beliau telah mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dua hala antara Malaysia dan China.

Jelas beliau antara kerjasama itu termasuk menarik pelaburan dan memperkukuhkan hubungan perdagangan serta meningkatkan hubungan sesama rakyat (people-to-people contact).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI