fbpx

Jiho Oh My Girl enggan kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIHO

PERKAHWINAN seperti satu perkara tabu buat selebriti K-pop kerana rata-rata daripada mereka memilih untuk tidak berkahwin mahupun mendirikan rumah tangga walaupun sudah agak berusia.

Penyanyi muda Jiho juga mempunyai pemikiran serupa apabila pernah mendedahkan dirinya tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga pada masa hadapan.

Alasannya cukup mudah. Anggota kumpulan Oh My Girl itu berkata, dia mahu menjalani kehidupan bersendirian seumur hidupnya berbanding berkahwin.

Tiada istilah perkahwinan dalam fikiran saya. Saya lebih memilih untuk hidup membujang sampai bila-bila,” katanya.

Setuju dan menyokong pendirian artis kesayangan mereka, peminat menyifatkan keputusan diambil Jiho sebagai perkara yang sangat baik terutama daripada aspek privasi.

Ada juga antara peminat yang bergurau dengan memberi cadangan supaya penyanyi itu membela haiwan peliharaan ataupun bercinta dengan seseorang sehingga akhir hayat tanpa perlu berkahwin.

“Awak boleh bela saya sebagai haiwan peliharaan,” seloroh seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI