fbpx

Perjuangan Hafizuddin masih belum selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZUDDIN sedia merebut kembali tempatnya dalam dalam kalangan 25 pemain terakhir bagi mewakili Malaysian Tigers pada masa depan.

PENJAGA gol hoki negara, Muhammad Hafizuddin Othman enggan namanya tercicir buat kali kedua daripada skuad kebangsaan dengan tekad me­rebut kembali tempatnya dalam kalangan 25 pemain terakhir mewakili Malaysian Tigers.

Hafizuddin, 28, pernah merasai kekecewaan apabila buat kali pertama sejak 2014 dia di­singkirkan daripada skuad se­nior oleh bekas ketua jurulatih, Roelant Oltmans sebelum pu­singan kelayakan Sukan Olimpik 2020 di London tahun lalu.

Anak jati Terengganu itu tidak rela peristiwa sama berulang dan bertekad memastikan dirinya muncul antara tiga penjaga gol terbaik.

“Kecewa nama tersisih daripada pasukan kebangsaan. Ini boleh dikatakan peluang kedua tetapi kedudukan saya belum selamat lagi kerana sekarang adalah sesi pemilihan.

“Walaupun sekarang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan latihan juga berbeza tetapi ia bukan satu alasan.

“Saya pernah kecewa, jadi sasaran saya untuk tempatkan diri antara tiga penjaga gol terbaik dahulu. Apabila berjaya, barulah saya akan fokus untuk merebut kedudukan sebagai penjaga gol utama,” katanya.

Keputusan Terengganu menggugurkan nama Hafizuddin yang akhirnya menyertai Kuala Lumpur (KL) pada saat-saat akhir untuk saingan Piala Tun Abdul Razak bulan lalu merupakan satu hikmah buat dirinya.

Ini kerana Hafizuddin diberikan kepercayaan bermain semua perlawanan hingga berjaya membantu KL meraih tempat ketiga kejohanan itu sekali gus membuka mata penilai-penilai untuk memanggilnya semula bersama Malaysian Tigers.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI