fbpx

Sharnaaz harap lahirkan kaki viral ada bakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ berharap

ISU sebuah video ‘prank’ tular dalam TikTok menunjukkan seorang lelaki membaling kek ke muka seorang wanita berusia sudah dijawab pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil selaku mentor.

Biarpun bertujuan untuk melihat tahap kesabaran seseorang, video tersebut terus meraih kecaman masyarakat termasuk selebriti yang melihatnya sebagai kandungan mengarut.

‘Content’ berunsur provokasi itu turut diselar secara lantang oleh pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Dia melihat video yang dikongsikan TikToker tersebut sebagai ‘sampah’ biarpun lelaki itu menyatakan wanita yang dilemparkan kek pada wajahnya itu dibayar untuk diperlakukan sedemikian.

Malah, Sharnaaz menerusi perkongsian Insta Story meluahkan kekesalan apabila industri seni tanah air melahirkan bakat sebegitu berbanding menggilap pelapis seni lakonan atau nyanyian.

“Allahuakbar Pak Nil, saya sangat menghormati Pak Nil dalam industri. Tapi kalau nak lahirkan kaki viral di Malaysia, elok lahirkan anak seni berbakat dalam lakonan dan seni tanah air,” katanya.

Bagi Mizz Lahar, memang elok ramai yang tegur untuk ingatkan supaya jangan cepat lupa bahawa banyak mata memerhati. Bukan apa, takut pula ada yang buat-buat lupa.

Kasihan pada Pak Nil, lain diajar, lain pula yang ditonjolkan untuk tatapan umum.

MIZZ LAHAR: BUAT ‘content’ mengarut memang cepat popular. Kan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI