fbpx

Ahmad Zahid ke Kelantan esok tinjau situasi, persiapan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan ke Kelantan esok bagi memantau situasi banjir di negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahmad Zahid akan meninjau dan mengenalpasti masalah serta mengambil langkah awal sebagai persiapan awal bencana banjir di negeri itu.

“Pendekatan kita kali berbeza dan tidak tunggu sehingga banjir dahulu untuk mengambil tindakan sebaliknya persiapan dibuat sebelum banjir,” katanya katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Pada sidang akhbar semalam, Ahmad Zahid selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) mengarahkan supaya Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan lebih awal sebagai persiapan berdepan banjir yang dijangka bermula akhir minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI