fbpx

Jambatan kedua P. Pinang tutup 9 jam mulai Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka akan ditutup selama sembilan jam mulai pukul 9 malam, Sabtu ini.

SEBERANG PERAI – Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini dijangka ditutup kepada umum selama sembilan jam iaitu antara pukul 9 malam Sabtu ini sehingga 6 pagi keesokan harinya.

Perkara itu dimaklumkan oleh pemegang konsesi jambatan berkenaan yang juga syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan iaitu Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut JKSB, penutupan sementara untuk kedua-dua arah bermula 17 hingga 18 Disember ini bagi memberi laluan kepada satu acara berbasikal iaitu ‘PDRM 2nd Bridge Fun Ride Solidarity’.

Katanya, JSAHMS akan dibuka dan beroperasi seperti biasa sebaik sahaja acara berbasikal itu tamat.

“Sehubungan itu, JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pulau Pinang di bawah kendalian Plus Malaysia Berhad (PLUS) sebagai jalan alternatif dan mematuhi
semua papan tanda serta arahan yang diberikan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI