PETALING JAYA – Malaysia akan terus memperkukuh hubungan bersama China merangkumi kerjasama menarik pelabur, memperkukuh hubungan perdagangan serta meingkatkan hubungan sesama rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar melalui hantaran di Facebook miliknya hari ini, memaklumkan ia berikutan hasil pertemuan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing bersama deligasinya mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dua hala di bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam.
“Semalam saya telah menerima kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing yang diiringi oleh delegasinya.
“Malaysia dan China bertekad untuk terus memperkukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta kepentingan bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE