fbpx

Piala Dunia: Dalic dedah sudah jangka keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALIC mahu para pemainnya segera melupakan kekecewaan di Piala Dunia untuk memberikan fokus kepada aksi Liga Negara-Negara Eropah dan Euro 2024 nanti. – AFP

DOHA – Pengendali Croatia, Zlatko Dalic terpaksa akur apabila pasukannya tersingkir pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas Lionel Messi mempamerkan ‘magis’ tersendiri untuk memastikan pasukan Argentina menang 3-0 pada aksi separuh akhir awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Croatia yang memburu slot final buat kali kedua berturut-turut gagal memberikan saingan yang diharapkan apabila wakil Amerika Selatan itu meraih gol hasil ledakan Messi dan dua jaringan Julian Alvarez.

Kata Dalic, kualiti yang ada pada Messi menyaksikan anak-anak buahnya ‘kelemasan’ se­panjang 90 minit perlawanan khususnya benteng pertahanan selain jentera serangan yang agak tumpul pada aksi kali ini.

“Kita sudah jangka Messi akan tunjukkan belang sebenarnya pada perlawanan ini dan apa yang dia pamerkan menjadi bukti­ bahawa dia masih lagi pemain terbaik dunia seperti yang dilakukan sejak 15 tahun lepas.

“Secara peribadi, dia adalah watak penting yang membezakan kualiti kedua-dua pasukan kerana benteng pertahanan kami tidak mampu untuk mengekang asakan bertali arus pasukan ­lawan,” katanya.

Sementara itu, Dalic mengesahkan masih belum berfikir untuk ‘ang­kat kaki’ daripada posisi ketua jurulatih yang disandang sejak 2017 sebaliknya mahu memastikan skuad ‘generasi emas’ ini kekal kompetitif pada Kejohanan Eropah (Euro) 2024 nanti.

“Jika ditanya tentang harapan untuk Piala Dunia, saya rasa mustahil bagi sebilangan besar pemain yang ada pada kempen kali ini untuk terus mewakili skuad kebangsaan pada kejohanan edisi 2026 nanti atas faktor usia.

“Namun, saya percaya mereka masih potensi untuk mereka te­rus menyarung jersi negara bagi saingan Euro 2024 kerana ia akan dilangsungkan kurang 18 bulan dari sekarang. Sayang andai ‘ge­nerasi emas’ ini tidak dapat menamatkan karier mereka tanpa sebarang trofi.

“Buat masa ini, saya masih tiada­ perancangan untuk berundur dan terus bersemangat membantu pasukan kerana kita juga akan mengharungi saingan akhir Liga Negara-Negara Eropah pada Jun depan.

“Kemudian, objektif sete­rus­nya adalah kempen Euro 2024 dan kemudian terpulang kepada pihak persatuan sama ada mahu kekalkan khidmat saya atau sebaliknya,” kata pengendali ber­usia 56 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI