fbpx

FAM hukum lapan pengadil Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MD. DALI mendedahkan Jawatankuasa Pengadil FAM telah mengambil tindakan ke atas lapan pengadil yang mengendalikan saingan Liga M pada musim ini.

SERAMAI lapan pengadil tempatan menerima hukuman sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) berlangsung tahun ini dengan dua daripada mereka digantung tugas sehingga dimaklumkan kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­ngadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Md. Dali Wahid mengesahkan perkara tersebut selepas mempengerusikan me­syuarat yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kata Md. Dali, keputusan yang tidak konsisten sepanjang menjalankan tugas menjadi salah satu punca utama mereka dihukum dan mereka perlu membaiki prestasi jika mahu kembali mencapai status elit.

“Kami telah menghukum lapan pengadil sepanjang sai­ngan Liga M berlangsung dengan dua daripadanya telah digantung tugas tanpa sebarang tempoh spesifik dan dua lagi direhatkan selama dua minggu manakala empat pengadil diberikan amaran keras.

“Kesemua pengadil terbabit akan dinilai semula prestasi­nya selepas ini sama ada diberi peluang untuk mengadili liga bawahan atau menjadi penolong pengadil,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Mengulas lanjut, Md. Dali turut menyeru agar pasukan Liga M menghantar bantahan rasmi jika tidak berpuas hati dengan apa yang pengadil lakukan sepanjang perlawanan berbanding mengeluh kepada pihak media.

“Setakat ini, kami hanya meraih empat aduan rasmi daripada UiTM FC, Terengganu FC, Sabah dan Petaling Jaya City FC. Justeru, kami tidak boleh membuat hukuman jika aduan tidak dibuat.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan prestasi yang pengadil tempatan lakukan sepanjang musim ini dan saya harap kelemahan yang ada dapat diperbaiki menjelang sai­ngan Piala Malaysia bulan depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI