fbpx

Piala AFF: Hannah Yeoh mohon FAM turunkan lagi harga tiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk terus menurunkan harga tiket perlawanan Piala AFF 2022 bagi kategori terbuka sekali gus meringankan beban penyokong.

Sebagai rekod, FAM telah dikritik hebat oleh penyokong skuad Harimau Malaya selepas mengeluarkan ‘angka’ yang tidak munasabah bagi aksi peringkat Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

Susulan itu, badan induk bola sepak negara itu telah mendengar rungutan orang ramai dengan memberikan ‘diskaun’ tetapi masih belum cukup terutama apabila kategori terbuka hanya dikurangkan ke RM45 berbanding RM50 sebelum ini.

“Terima Kasih FAM atas usaha mengurangkan harga tiket. Namun, saya mohon pertimbangkan pengurangan harga kategori terbuka supaya boleh meningkatkan kehadiran peminat sukan dan mempromosikan budaya sukan sekeluarga,” ciap Hannah secara ringkas sebentar tadi.

Skuad kendalian Kim Pan-gon yang diundi dalam Kumpulan B bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember, Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI