fbpx

Hannah Yeoh sporting, relaks gambar disunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar Hannah Yeoh dan Adam Adli yang disunting oleh netizen di Twitter.

PETALING JAYA – Respons positif oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh terhadap gambar-gambar yang disunting oleh pengguan Twitter meraih perhatian ramai.

Gambar Hannah bersama Timbalannya, Adam Adli Abdul Halim ketika mengadakan lawatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Isnin lalu disunting dengan pelbagai latar belakang lucu oleh orang ramai.

“Belia Malaysia ni sangat kreatif buat ‘memes’ gambar saya dan Adam Adli melawat Stadium Nasional Bukit Jalil meneliti keadaan padang di sana. Tidak apa kami sporting, kreativiti luar biasa.

“Latar belakang gambar Cristiano Ronaldo, Stephen Chow, Michael Jackson dan belalang pun ada,” ciap Hannah Yeoh.

Di ruangan komen, ramai yang terhibur disamping memuji sikap Menteri KBS yang bersahaja serta positif menghadapi ragam pengguna Twitter.

“Memang sempoi, sporting betul Menteri KBS kali ini,” komen seorang pengguna.

“YB boleh adakan pertandingan untuk golongan belia tonjolkan kreativiti mereka, boleh buat setiap tahun,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI