fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di 5 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat di lima negeri hingga pukul 10 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, amaran itu melibatkan negeri di Perak, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak.

“Di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Hilir Perak manakala di Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Di Selangor pula satu daerah iaitu di Sabak Bernam, turut terlibat di Johor ialah Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Dalam pada itu turut menerima ribut petir dan hujan lebat di Sarawak melibatkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong) dan Kapit (Song). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI