fbpx

Williams Racing giat cari prinsipal baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Williams Racing terpaksa mencari ketua pasukan baharu selepas Capito melepaskan jawatannya sebagai prinsipal pasukan berkuat kuasa semalam. – AFP

LONDON – Pasukan Williams Racing kini mencari ketua pasukan baharu selepas Jost Capito membuat keputusan meletak jawatan selaku prinsipal pasukan berkuat kuasa semalam.

Capito yang juga memegang jawatan tersebut pada Disember 2020 akan meninggalkan pasukan tersebut bersama pengarah teknikal, Francois-Xavier (FX) Demaison.

CAPITO

Williams yang dimiliki oleh firma pelaburan Amerika Syarikat (AS), Dorilton Capital menegaskan, pihaknya akan mengumumkan ketua pasukan dan pengarah teknikalnya yang baharu dalam masa terdekat.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Capito atas kerja kerasnya bersama pasukan Williams Racing selama dua tahun ini.

“Kami bersyukur bahawa Capito menunda perancangannya untuk bersara bagi menghadapi perlumbaan sebelum ini.

“Kami juga ingin berterima kasih kepada FX (Demaison) atas sumbangannya bersama pasukan Williams,” kata Matthew Savage, pemilik Dorilton Capital.

Sementara itu, Capito me­ngucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Williams Racing pada perlumbaan Formula Satu musim depan.

“Ia adalah satu kebanggaan dapat memimpin pasukan Williams Racing bagi dua musim yang lalu dan saya berjaya mela­kukan yang terbaik bersama pasu­kan yang hebat ini.

“Saya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan Williams meneruskan perjalanannya menuju kejayaan dalam saingan F1 musim depan,” kata Capito.

Capito adalah ketua pasukan kedua yang meletakkan jawatan selepas Mattia Binotto meninggalkan Ferrari bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI