fbpx

Kedah harap tiga tonggak utama cergas pada aksi Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL berharap anak-anak buahnya mampu menggalas tugas untuk meraih kemenangan.

KETUA jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak memandang positif penundaan saingan Piala Malaysia susulan penularan Covid-19 sekali gus memberi ruang kepada pemain-pemainnya yang cedera untuk kembali pulih.

Sepak mula Piala Malaysia pada 25 dan 26 Oktober terpaksa ditunda awal bulan depan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya bermula kelmarin hingga 27 Oktober.

Justeru, Aidil menyifatkan tempoh kurang tiga minggu cukup buat barisan pemainnya kembali mencapai tahap kecergasan terbaik berikutan kece­deraan dialami Ifwat Akmal Che Kassim, Shahril Saa’ri dan Hadin Azman.

“Saingan liga sebelum ini agak memenatkan juga tetapi sekarang kita ada tempoh tiga ming­gu untuk mempersiapkan diri menghadapi saingan Piala Malaysia dan itu sudah mencukupi buat pasukan.

“Ifwat dan Shahril juga sema­kin menunjukkan perkemba­ngan positif, bagaimanapun Hadin masih lagi 50-50 dan saya amat berharap dia sempat untuk ­beraksi nanti.

“Secara keseluruhan, saya akan pastikan semua pemain mendapat rehat mencukupi dan pada masa sama mengekalkan kecergasan tahap terbaik,” ­katanya.

Pusingan pertama Piala Malaysia membabitkan 16 pasukan akan bermula 6, 7 dan 8 November diikuti aksi suku akhir (12 dan 13 November), separuh akhir (17 November) dan final pada 22 ­November depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI