fbpx

Elon Musk lancar semula Twitter Blue

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSK bercakap bersama pengacara Xenia Wicket semasa sidang Pesisir Laut Utara 2022 di Stavanger, Norway pada 29 Ogos lalu. -- AFP

SAN FRANCISCO, California – Elon Musk melancarkan semula perkhidmatan langganan Twitter kelmarin selepas percubaan pertama menyaksikan kewujudan banyak akaun palsu memalukan yang menakutkan pengiklan dan menimbulkan kesangsian kepada masa depan laman sosial itu.

Pelancaran semula Twitter Blue di segelintir negara termasuk Amerika Syarikat (AS) itu dibuat ketika Musk meningkatkan kenyataan menyokong perjuangan berhaluan kanan termasuk menentang penggunaan ganti nama neutral gender dan tindak balas kerajaan AS dalam menangani Covid-19.

Perkhidmatan langganan itu berharga AS$8 (RM35.42) sebulan kepada pengguna yang mengakses Twitter di laman web dan AS$11 (RM48.70) jika mereka membuka akaun menggunakan peralatan Apple.

Pembukaan awal Twitter Blue mencetuskan kontroversi dengan kemunculan banyak akaun palsu menyamar sebagai selebriti atau syarikat sehingga memaksa Musk membatalkan skim tersebut.

Kali ini, syarikat berkenaan mengetatkan prosedur verifikasinya dengan semakan oleh Twitter sendiri sebelum diberikan tanda semak biru.

Tanda semak biru pada sesuatu akaun yang menandakan ia telah disahkan oleh Twitter sebelum ini adalah percuma tetapi terhad kepada organisasi dan orang kenamaan dalam usaha untuk mencegah cubaan penyamaran dan kesilapan maklumat.

Pelancaran semula itu berlaku pada hari yang sama Musk membubarkan Majlis Amanah dan Keselamatan Twitter.

Badan itu diwujudkan enam tahun lalu bagi membolehkan Twitter mendapat bantuan pakar-pakar global dalam membentuk strategi menangani cabaran seperti ucapan kebencian, keselamatan kanak-kanak, hak awam dan pelbagai isu sensitif lain. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI