GOSIP percintaan bekas anggota kumpulan Apink, Son Na-eun dan aktor kacak Lee Soo-hyuk sedang hangat diperkatakan ramai.
Peminat sedang mengumpul bukti daripada semua rakan kedua-dua selebriti itu bagi mendapatkan pengesahan tentang hubungan mereka.
Menurut bukti yang diperolehi, mereka gemar makan di restoran salad, pergi ke gimnasium dan menggunakan khidmat pelatih peribadi yang sama.
Malah pasangan itu mempunyai hobi yang sama iaitu bermeditasi setiap pagi.
Soo-hyuk juga didakwa memiliki akaun Instagram tidak rasmi yang mengikuti Taeyeon dan Tiffany yang merupakan ahli Girls’ Generation.
Pelakon dan juga model itu juga mengikuti akaun Instagram pekerja yang sering bekerja dengan Na-eun termasuk cikgu bahasa Inggerisnya.
Sehingga kini, khabar angin tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada benar mereka menjalin hubungan atau sekadar berkawan rapat.