fbpx

Banjir: 5 negeri terkesan babit 14 daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARMIZAN (dua dari kanan) bertanya khabar banjir yang ditempatkan di PPS SMK Seri Semantan Mentakab di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,800 mangsa daripada 849 keluarga yang ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 12 tengah hari, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, negeri yang terkesan banjir kekal lima melibatkan 14 daerah.

“Pecahan mangsa banjir mengikut negeri dan bilangan daerah di Perak iaitu empat PPS, sementara di Johor (2 PPS), Kelantan (7 PPS), Terengganu (6 PPS) dan Pahang (4 PPS).

“Di Pahang, PPS SMK Seri Semantan merekodkan jumlah tertinggi mangsa banjir dengan 339 orang daripada 103 keluarga membabitkan penduduk Kampung Batu Kapor Bawah, Batu Kapor Atas dan Kampung Sungai Buluh sekitar Mentakab,” katanya selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan di Mentakab, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, di Perak, seramai 171 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di empat PPS, manakala di Terengganu pula sebanyak 47 keluarga membabitkan 176 mangsa di enam PPS.

Beliau memberitahu, di Kelantan, tujuh PPS yang dibuka menempatkan seramai 1,969 mangsa daripada 618 keluarga dan di Johor seramai 51 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di dua PPS di Segamat.

“Berdasarkan laporan, sejak bermulanya Monsun Timur Laut pada awal November lalu, semua negeri yang terkesan banjir berjaya menguruskan keadaan dengan baik. Saya harap momentum ini dapat diteruskan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI