fbpx

‘Aku minta maaf Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hosin ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang, hari ini.

KLANG – Seorang operator pengeluaran warga Bangladesh memohon maaf kerana memasang Jalur Gemilang secara terbalik dalam rayuannnya selepas didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh, Hosin Md. Diplap, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan dalam Bahasa Melayu.

Tertuduh dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,500 oleh Majistret P. Sarulatha.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan lima bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.

Hosin didakwa dengan sengaja mengaibkan dan mendatangkan marah kepada seorang lelaki berusia 29 tahun yang diketahui boleh memecahkan keamanan awam.

Perbuatan dilakukan di sebuah blok pangsapuri di Bukit Raja pada pukul 12.40 tengah hari, 26 November lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, Hosin ketika kejadian, ditegur lelaki yang merupakan pengerusi persatuan penduduk kerana memasang Jalur Gemilang secara terbalik pada pukul 12.30 tengah hari hari sama.

Hossin yang difpercayai sudah lima tahun berada Malaysia dan tidak diwakili peguam berulang kali menyatakan kekesalannya atas perbuatan tersebut.

“Aku minta maaf, aku sayang, aku suka Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi menegaskan kes itu mendapat liputan meluas berikutan tertuduh memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

“Tindakannya itu tidak menghormati Malaysia dan berharap hukuman setimpal sebagai pengajaran,” ujarnya.

Kosmo! pada 27 November lalu melaporkan sikap biadab seorang lelaki warga Bangladesh yang berdegil menurunkan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di Klang, memakan diri apabila diberkas polis. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI