fbpx

Demensia ibu Chef Wan semakin teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEF Wan kesal kerana dalam keadaan kesihatan ibunya makin teruk, adik-beradiknya yang lain tidak membantu menjaga orang tua mereka.

PETALING JAYA – Cef selebriti terkemuka, Chef Wan berkongsi rasa sayu apabila penyakit Alzheimer yang dihidapi ibunya, Che Ani semakin teruk dan memerlukan penjagaan rapi.

Berkongsi perkembangan kesihatan ibunya, Chef Wan berkata, Che Ani sudah tidak ingat apa-apa termasuklah untuk mengikat kain sendiri dan segala urusan di tandas juga perlu diuruskan olehnya dan pembantu.

“Otak tidak dapat berfungsi secara normal walaupun perkara mudah seperti ambil sudu untuk menyuap makanan.

“Ada ketika, dia hanya memandang ke arah pinggan tanpa berbuat apa-apa kerana otaknya tidak berfungsi dan menerima signal lagi. Dia juga tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi termasuklah mengikat kain sendiri,” jelasnya.

Dalam pada keadaan penyakit Alzheimer ibunya semakin teruk, menambahkan kesal dalam hati Chef Wan apabila adik-beradiknya yang enggan menghulurkan bantuan menjaga orang tua mereka.

“Saya ada memaklumkan kepada kakak dan abang mengenai perkembangan emak supaya mereka boleh meluangkan masa berkualiti bersamanya.

“Seperti biasa, masing-masing menunding jari orang itu dan ini yang perlu jaga. Macam-macam alasan sehingga sampai satu tahap, saya macam suka hati kalianlah,” luahnya.

Bahkan lebih menyedihkan, adik-beradiknya hanya akan muncul apabila ada majlis tertentu seperti keraian ulang tahun kelahiran ibu mereka.

“Bila masa majlis hari lahir emak, berduyun-duyun yang sampai. Masa begini (sakit), baik emak, bapa atau anak-anak mereka, takkan hendak pergi sembah minta suruh datang menziarahi?

“Ludah di langit memang timpa muka sendiri orang kata,” tegas Chef Wan.

Sekadar info, Che Ani sudah berusia usia 91 tahun dan mengalami demensia selain disahkan menghidap kanser payudara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI