fbpx

Jangan layan scammer jika tak mahu ditipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHD. YUNUS YAKKUB,
WAKIL KOSMO! SELANGOR

KETIKA rakyat tertekan dan terbeban dengan kenaikan kos sara hidup, scammer begitu mudah mencari keuntungan dengan hanya menerusi satu panggilan telefon atau pesanan dalam aplikasi di media sosial.

Penipu mengambil kesempatan dalam keadaan kita cemas, takut dan terdesak. Mereka krea­tif dalam mengolah skrip yang telah disediakan sindiket dan bijak bermain emosi selain me­ng­ugut sekiranya mangsa enggan menyerahkan wang.

Penipuan tersebut memberi kesan emosi kepada mang­sa de­ngan kes terbaharu melibatkan seorang pekerja kebun durian di Temerloh ditemui mati dalam keadaan tergantung selepas menjadi mangsa Macau scam sehingga kerugian RM156,000.

Kalau diamati, suspek me­nyamar sebagai pegawai polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan menakut-nakutkan orang ramai yang didakwa terlibat jenayah dan pengubahan wang haram.

Menurut pakar kriminologi, Shahul Hamid Abd. Rahim, budaya masyarakat kita yang tebal dengan ‘settle tepi’ memudahkan proses penipuan itu tidak kira apa juga profesion kerjaya mereka.

Katanya, scammer yang pandai memanipulasi dengan ­sua­ra marah bagi menunjukkan diri­nya memiliki kuasa seperti me­nyatakan akaun bank sudah dibekukan, masuk penjara dan sebagainya menambah ‘perisa’ kepada ketakutan mangsa.

“Modus operandi scammer ini telah berulang kali didedahkan oleh pihak berkuasa dan media, namun masih ramai terperdaya.

“Apa yang peliknya, ada yang sanggup membuat bayaran meski­­pun tahu tidak buat salah.

“Jangan dilayan sambungan scammer, sebaliknya terus berhubung dengan pihak polis. Bila fikir kita ada buat kesalahan dan boleh ‘setel tepi’, itu menyebabkan kita sudah masuk perangkap mereka,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Beliau memberitahu, perkara penting adalah jangan berdiam diri, sebaliknya membuat laporan awal atau lebih ramai menjadi mangsa eksploitasi scammer ini.

“Hendak kata dipukau adalah tidak tepat kerana tidak berdepan satu sama lain dan ini lebih kepada panik dan sikap ambil mudah orang ramai.

“Semakin kita layan panggilan scammer, lebih besar peluang kita terjerat dengan helah me­reka,” katanya.

Justeru, Shahul Hamid me­negaskan masyarakat harus mengubah persepsi diri mereka daripada suka melayan kepada sikap berhati-hati terutama dalam menerima tawaran yang tidak diketahui kesahihannya.

“Tidak perlu dilayan benda remeh-temeh, dapat panggilan tidak dikenali, tidak perlu dilayan dan terus tutup. Jangan hanyut kerana penipu boleh mengucar-ngacirkan kita de­ngan taktik meyakinkan terutama kepada mereka yang sunyi dan terperangkap dalam love scam,” katanya.

Beliau menjelaskan, scammer akan terus bermaharajela ke­rana mudah mendapatkan akaun bank terutama orang yang dalam kesempitan hidup yang tertarik dengan tawaran lumayan menjadi keldai akaun.

Jangan sebab kita mahu untung, orang lain tergadai selain mereka sendiri boleh didakwa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI