fbpx

Mir selar kenyataan Stoner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR dilihat berpeluang untuk mencabar kejuaraan musim ini apabila hanya ketinggalan 10 mata berbanding pendahulu semasa, Quartararo. – AFP

ARAGON – Pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir naik angin dengan kenyataan Casey Stoner dan mahu bekas pelumba dari Australia itu tidak masuk campur mengenai persaingan gelaran dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Sebelum ini, juara dunia dua kali, Stoner menegaskan siapa yang meraih kemenangan tahun ini seakan-akan tidak bernilai kerana ketiadaan Marc Marquez yang mengalami kecederaan.

Ketiadaan Marquez menyebababkan perebutan gelaran dunia dilihat semakin sengit dan terbuka meskipun Fabio Quartararo kini mendahului carta kedudukan pelumba dengan kelebihan 10 mata apabila mengumpul 115 mata berbanding Mir tempat kedua.

“Sungguh senang menjadi se­perti Stoner. Bagi saya dia (Stoner) tiada lagi dalam perlumbaan ini kerana telah bersara. Saya tak faham kenapa dia mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Mengeluarkan kenyataan seperti itu ketika anda sudah bersara adalah terlalu mudah. Memanfaatkan peluang dengan ketiadaan pelumba terbaik juga berlaku ke atas Marquez sebelum ini.

“Marquez memenangi gelaran pertamanya ketika Dani Pedrosa dan Jorge Lorenzo mengalami kecederaan. Adakah kemena­ngan tersebut tidak bernilai buat Marquez?

“Sudah pasti ia istimewa ke­rana itu kejuaraan pertamanya. Marquez mengambil banyak risiko pada perlumbaan pertama dan dia mengalami kecederaan.

“Tetapi, ini adalah perlumbaan. Saya tidak mampu menutup mulutnya dan saya harap Stoner le­bih realistik ketika mengeluarkan kenyataan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI