fbpx

‘Macam mana mahu hidup, habis semua berhabuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Saiful (kiri) ketika meninjau lokasi tapak projek yang terletak berhampiran gerai penduduk di Kampung Lubuk Meriam, Tasek Gelugor kelmarin.

SEBERANG PERAI – Penduduk Kampung Lubuk Meriam, Tasek Gelugor di sini terpaksa tinggal dalam persekitaran berdebu dan habuk ekoran pergerakan ken­deraan berat projek naik taraf paip air sejak enam bulan lalu.

Lebih memeritkan, 11 gerai yang beroperasi berhampiran tapak projek tu turut terkesan sekali gus menjejaskan pendapatan pengusaha yang sudah berniaga di situ sejak sekian lama.

Peniaga, Asrul Ahmad, 50, mendakwa, masalah mula membelenggu mereka sejak Jun lalu selepas tanah yang dibawa keluar dari tapak projek mengakibatkan jalan berdebu dan habuk.

“Meja dan kerusi di gerai ini dipenuhi habuk. Saya perlu mengelapnya setiap 30 minit. Pelanggan juga makin kurang kerana ragu dengan tahap kebersihan makanan selain kurang selesa,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Penduduk, Mohd. Yusof Mustaffa, 70, mendakwa, dia perlu membersihkan rumah setiap dua hari sekali dan lebih membebankan pakaian di ampaian bertukar warna merah disebabkan terkena habuk tanah.

“Sudah beberapa kali kami menghubungi pihak berkaitan, namun tiada tindakan diambil. Lori yang keluar tidak dibersihkan jadi tanah bertaburan atas jalan, lebih teruk lagi ketika cuaca panas dan kering.

“Kami buntu memikirkan jalan penyelesaian kerana situasi ini sudah lama membelenggu sejak hampir setengah tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang meninjau kawasan tersebut memberitahu, tindakan susulan akan diambil bagi menangani permasalahan penduduk dan peniaga tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI