fbpx

Indonesia berpotensi jadi pasaran halal global terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Indonesia mahu menjadi pengeluar barangan halal terbesar di dunia. – AFP

JAKARTA – Indonesia memiliki potensi besar sebagai pengeluar barangan halal terkenal di pe­ringkat antarabangsa, kata Menteri Penyelaras Urusan Ekonomi, Airlanga Hartato seperti dilaporkan agensi berita ANTARA semalam.

Indonesia juga boleh menjadi pasaran terbesar untuk produk halal global dengan memanfaatkan kelebihan demografi dan statusnya sebagai negara dengan populasi muslim terbesar di dunia, kata Airlanga.

Indonesia memiliki 229.6 juta penduduk Islam pada 2020 dan perbelanjaan mereka untuk produk dan perkhidmatan halal mencecah AS$184 bilion (RM812.91 bilion) pada tahun sama. Angka itu dianggarkan mencapai AS$281.6 bilion (RM1.2 trilion) pada tahun 2025, katanya.

“Impaknya, ini adalah pasaran yang besar,” kata beliau semasa Anugerah Industri Halal Indonesia 2022 (IHYA) yang diadakan di Jakarta kelmarin.

Dengan memperhatikan potensi besar itu, Airlanga menekankan keperluan penempatan semula agar Indonesia tidak ha­nya menjadi sasaran pasaran halal tetapi juga harus dapat memperbaiki pengeluaran produk dan perkhidmatan halalnya.

Indonesia menjadi pengguna makanan halal kedua terbesar di peringkat global dan pengguna kosmetik halal  keempat terbesar dunia. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI