fbpx

Askar Taliban tembak mati 6 orang di lintasan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 3 November 2021 menunjukkan orang awam menunggu untuk masuk ke Pakistan di lintasan sempadan Aghanistan- Pakistan di Spin Boldak. – AFP

ISLAMABAD – Anggota pasukan keselamatan Taliban melepaskan tembakan di sebuah lintasan sempadan dengan Pakistan kelmarin dan membunuh enam orang awam, kata tentera Pakistan.

Lebih 12  orang cedera akibat ‘tembakan rambang dan tanpa provokasi’ itu yang berlaku  dekat bandar Chaman, wilayah Balochistan.

“Askar-askar Pakistan me­lancarkan tidak balas setimpal terhadap keganasan di luar jangkaan itu tetapi mengelak menyasarkan orang awam di lokasi kejadian.

“Pakistan juga menghubungi pihak berkuasa Afghanistan di Kabul untuk menjelaskan betapa serius situasi tersebut dan menuntut tindakan diambil bagi mengelak insiden serupa daripada berulang di masa hadapan,” kata pihak Pakistan dalam satu kenyataan. 

Pertempuran berlaku selepas tentera Afghanistan cuba memotong pagar di kawasan sempadan, kata seorang pegawai kanan wilayah Balochistan.

“Seorang askar Taliban terbunuh dan 10 orang cedera, termasuk tiga orang awam,” tambah seorang jurucakap gabenor Balochistan pula.

Beribu-ribu orang menyeberangi sempadan di antara Spin Boldak di Afghanistan dan Chaman, Pakistan setiap hari termasuk peniaga dan rakyat Afghanistan yang mahu mendapatkan rawatan di Pakistan.

“Sebutir peluru mortar meletup dan menyebabkan bebola api besar. Selepas itu, saya pengsan dan tidak tahu apa yang berlaku,” kata Fida Muhammad yang cedera di sebe­lah Pakistan dan dibawa ke hospital berdekatan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI