fbpx

Piala Dunia: Dalic seru pemain tunjuk keberanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALIC

DOHA – Ketua Jurulatih Croa­tia, Zlatko Dalic mengakui pasukannya tidak mempu­nyai alasan untuk ‘takut’ ketika berdepan Lionel Messi pada aksi separuh akhir nanti sekiranya mampu menggunakan pendekatan sama ketika mengekang Neymar sebelum ini.

Croatia berjaya mengikat Brazil 1-1 sepanjang 120 minit perlawanan sebelum meraih kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti untuk mengesahkan slot separuh ak­hir Piala Dunia kali ini.

Pada aksi berkenaan, Neymar berjaya meletakkan Brazil di hadapan pada babak pertama masa tambahan sebelum Bruno Petkovic menyamakan kedudukan kira-kira tiga minit sebelum aksi berakhir untuk keputusan ditentukan dengan tendangan penalti.

Bagaimanapun, penggempur utama Brazil itu dilihat berdepan kesukaran untuk masuk ke kawasan pertahanan lawan dan situasi sama dihadapi oleh seorang lagi penyerang harapan pasukan itu, Vinicius Junior.

Kedua-dua pemain berkenaan hanya mampu melakukan satu sahaja hantaran terbaik dan hanya menghasilkan lima daripada 14 gelecekan sempurna apabila dikawal ketat dan diberikan tekanan oleh Mario Pasalic, Josip Juranovic dan Luka Modric.

“Kami perlu mengekang Messi, tetapi bukanlah dengan gaya satu lawan satu kerana kami juga tidak menggunakan taktikal itu ketika aksi terakhir menentang Brazil.

“Kami sedar bahawa dia (Messi) adalah pemain yang sentiasa berlari serta bermain de­ngan bola di kakinya dan perkara utama yang perlu kami lakukan adalah pemain pertahanan perlu mempamerkan disiplin.

“Jika kami mampu ulangi apa yang dilakukan ketika menentang Brazil, sentiasa berada dekat dengannya, tidak ada perkara yang perlu kami takutkan.

Bagaimanapun, Dalic meng­akui bahawa Messi bukanlah fokus utama pasukannya selain percaya Croatia perlu mengambil kesempatan ekoran Argentina dilihat bergelut ketika berdepan Belanda sebelum ini.

“Kami akan melakukan analisis terperinci kerana kami tidak membuat kajian mengenai Argentina sebelum ini. Messi masih akan menjadi pemain utama mereka, tetapi mereka juga mempunyai pemain muda yang baik.

“Namun, ketika mereka mendahului dengan dua gol sebelum gawang mereka dibolosi sebanyak dua kali, kami percaya bahawa mereka bukanlah sebuah pasukan yang gagal ditembusi.

“Segalanya bergantung kepada kami untuk memberikan yang terbaik dan sepenuh fokus untuk meraih kemena­ngan pada perlawanan itu nanti.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI