fbpx

Piala Dunia: ‘Pemain ke-12’ kekuatan Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCALONI

DOHA – Percubaan ketiga Lionel Messi dan Argentina untuk memburu trofi Piala Dunia kali ini di Qatar di­semarakkan lagi dengan kehadiran para penyokong mereka yang sanggup me­lalui perjalanan panjang untuk berada di Doha bagi kempen kali ini.

Sepanjang saingan kali ini berlangsung, aksi melibatkan Argentina cukup me­riah apabila venue dipenuhi oleh para penyokong tegar mereka sehingga ia bagaikan berada di dua stadium ikonik mereka sendiri iaitu Stadium La Bombonera dan Stadium Monumental di Buenos Aires.

Menurut Kedutaan Argentina di Qatar, seramai 35,000 hingga 40,000 penyokong telah tiba ke negara itu untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka sekali gus ia menjadi salah satu kontinjen terbesar dari luar negara yang berada di Doha ketika ini.

Jumlah berkenaan bertambah apabila warga asing dari India dan Bangladesh yang bekerja di Qatar turut meminati Argentina dan memberikan soko­ngan padu kepada pasukan ber­kenaan pada setiap perlawanan yang berlangsung.

“Berbanding Perancis, Argentina bukanlah sebuah pasukan yang lengkap dan sempurna, tetapi mereka adalah pasukan yang mendapat manfaat daripada sokongan peminat yang berada di stadium,” kata bekas pemain Perancis kelahiran Argentina, David Trazeguet.

Pada aksi suku akhir menentang Belanda yang berlangsung di Stadium Lusail yang berkapasiti 88,996 penyokong, lebih separuh daripada venue ber­kenaan dipenuhi penyokong yang menyarung jersi Argentina yang tiba memberikan sokongan.

Menjelang aksi separuh akhir menentang Croatia, skuad kendalian Lionel Scaloni itu dijangka akan terus menerima soko­ngan padu para peminat mereka dalam usaha memburu tempat ke pentas final Piala Dunia kali ini.

Scaloni tiba di Qatar dalam misi menamatkan penantian selama 36 tahun Argentina untuk bergelar juara selepas kali terakhir meraihnya pada 1986 di Mexico ketika beliau sendiri menjadi ketua jurulatih paling muda membawa pasukan pada kempen kali ini pada usia 44 tahun.

Sepanjang mengemudi La Albiceleste sejak 2018, Scaloni mempunyai rekod yang agak cemerlang apabila meraih 37 kemenangan daripada 54 perlawanan dan hanya tewas sebanyak lima kali.

Pendekatan yang digunakannya dalam strategi pasukan yang dilihat lebih gemar bertahan pada awalnya tidak disenangi oleh para peminat mereka, namun gaya permainan tersebut berjaya membantu Argentina merangkul Copa America tahun lalu sehinggakan strateginya ketika ini sudah boleh diterima.

Gaya bertahan tersebut menyebabkan Argentina yang terkenal dengan jolokan La Albiceleste kini sudah bertukar dalam kalangan peminat mereka sendiri yang memanggil pasukan itu dengan gelaran La Scaloneta hasil gabu­ngan Scaloni dan Camioneta yang bermaksud ‘bas Scaloni’ ekoran gaya permainan parkir bas digunakannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI