fbpx

Pengurus berhenti kerja, jaga anak sakit kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Iqbal menyuapkan air ke dalam mulut anaknya di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar baru-baru ini.

KANGAR – Seorang bapa sanggup berhenti kerja sebagai pengu­rus pengeluaran sebuah kilang perabot di Semenyih, Selangor pada awal tahun ini demi menjaga anak tunggalnya yang menderita kanser darah.

Muhd. Iqbal Zamani Md. Nor, 45, berkata, puterinya, Nur Insyirah Balqis, 13, disahkan menghidap kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) pada 22 Mac lalu.

“Ibu bapa yang mempunyai anak ‘pejuang kanser’ harus memberi perhatian penuh dan ambil tahu perkembangan anak mereka,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini baru-baru ini.

Cerita Muhd. Iqbal, anaknya seorang yang periang dan bertanggungjawab, malah sempat menjaga arwah ibunya, Nur Jehan Zainudin yang meninggal dunia akibat masalah buah pinggang, dua tahun lalu.

Disebabkan penyakit itu, Nur Insyirah terpaksa menangguhkan pelajaran kerana mengikuti rawatan kanser di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan HTF.

“Anak saya menjalani pelbagai rawatan termasuk kemoterapi, jadi hospital ibarat rumah kedua kami. Pada mulanya, dia sakit perut dan loya sebelum pendarahan hidung dan gusi. Lebih menyedihkan, dia disahkan menghidap barah pada hari lahir saya.

“Setelah menjalani rawatan, sel kansernya turun, namun pada awal Oktober lalu, ‘blast cancer’ itu dikesan meningkat sehingga 70 peratus,” jelasnya.

Jelasnya, anaknya terpaksa menerima rawatan sokongan psikiatri akibat kemurungan serta anxiety.

Muhd. Iqbal berterima kasih kepada isterinya, Nur Sakina Azmi, 25, yang sentiasa memberi sokongan kepada Nur Insyirah.

“Walaupun isteri ambil upah menjahit serta beberapa lagi kerja lain, namun dia sentiasa membantu temasuk kewangan walaupun pendapatannya tidak seberapa,” katanya.

Muhd. Iqbal turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Muhd. Iqbal bernombor 9010020758195.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI