fbpx

Dua penjenayah mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GURUN – Dua lelaki disyaki penjenayah maut dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Jeniang – Kalai, dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, dua suspek dipercayai warga tempatan berusia 48 dan 61 tahun maut di tempat kejadian.

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila suspek enggan memberhentikan kenderaan sebelum dipintas polis.

“Suspek kemudian bertindak melepaskan tembakan ketika polis mahu membuat pemeriksaan. Anggota polis terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri dengan kedua-dua suspek didapati maut ditembak,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai lebih 60 rekod lampau serta dikehendaki polis kerana terlibat dalam lebih 15 kes samun.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian itu pada pukul 11 pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI