PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan ditemui mati di dalam bilik sebuah hotel terkemuka di daerah ini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, kematian mangsa yang berusia 50 tahun itu disedari oleh pekerja hotel berkenaan.
“Mangsa sepatutnya mendaftar keluar tengah hari tadi, namun gagal berbuat demikian.
“Punca kematian masih belum diketahui dan polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Laporan penuh bakal menyusul. – KOSMO! ONLINE