fbpx

‘Saya pimpin negara dengan hutang lebih RM1 trilion’ – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bergambar bersama tetamu selepas Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana Putrajaya, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, beliau diberikan mandat sebagai Perdana Menteri dalam situasi hutang negara melebihi RM1 trilion.

Perdana Menteri berkata, disebabkan itu, beliau harus meneliti setiap agensi dan jabatan di mana berlakunya kebocoran dan ketirisan.

“Ini bukan fitnah kerana saya kena kuat dan meneliti fail-fail itu. Sebab itu, beberapa projek itu kita kena teliti semula, tangguhkan dan batalkan.

“Ini (tindakan) bukan untuk mencerca tokoh politik dan saya tidak pernah sebut nama mana-mana tokoh politik,” katanya ketika berucap pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pembatalan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion, Anwar berkata, beliau memahami bahawa bencana banjir menyeksa rakyat dan jadi mangsa adalah orang miskin dan majoriti yang miskin itu Melayu.

“Sebab itu kalau kita mahu belanjakan kita kena teliti, ini soal tadbir urus, mengurus negara itu harus dengan ketertiban, peraturan dan ke arah yang betul.

“Jadi bila saya lihat umpamanya dilulus dengan spontan dan syarikat-syarikat pula dipertikai dan beberapa persoalan tidak dijawab maka, saya minta ditangguhkan dan diteliti semula,” katanya.

Katanya, beliau akan ke Kementerian Kewangan esok untuk mengkaji isu itu.

Anwar berkata, beliau ingin jelaskan bahawa projek tebatan banjir itu memang sudah diluluskan, namun belum dilaksanakan kerana pilihan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI