fbpx

Penumpang bas ramai, tujuh kaunter sahaja dibuka di TBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dimuat naik dalam ciapan @BurhanPlays menunjukkan kesesakan orang ramai di TBS, hari ini

PETALING JAYA – Penumpang terpaksa bersesak-sesak dan menunggu untuk tempoh masa yang lama sehingga terlepas bas bagi membeli dan mencetak tiket di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hari ini.

Difahamkan, hanya tujuh kaunter sahaja yang dibuka ketika hujung minggu sekali gus mengakibatkan orang ramai perlu beratur dalam barisan yang amat panjang.

Ciapan yang dimuat naik oleh @BurhanPlays di Twitter pagi tadi, menunjukkan gambar di hadapan kaunter TBS sesak dipenuhi orang ramai sehingga meraih perhatian netizen.

“Tiket dibeli secara dalam talian, tetapi kena cetak dahulu dekat TBS baru boleh naik bas. Saya sampai sejam awal tadi, tetapi sampai dah terlepas bas gara-gara barisan terlalu panjang.

“Hujung minggu waktu kemuncak orang ramai ingin naik bas, tetapi hanya tujuh kaunter sahaja dibuka. Bukan saya sahaja yang tertinggal bas, ada tiga orang lagi depan saya pun sama juga,” ciapnya.

Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 5,273 perkongsian dan 6,849 tanda suka.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen, beberapa orang turut terkena perkara yang sama apabila terpaksa beratur panjang hanya semata-mata untuk mencetak tiket bas yang dibeli secara dalam talian.

“Kasihannya, siapa yang terlepas bas itu. Bagaimana kalau mereka tidak mampu untuk membeli tiket baharu ke destinasi yang dituju,” komen seorang netizen.

“Mengarut beli tiket secara dalam talian dikenakan caj, kemudian nak kena cetak lagi di TBS dikenakan caj RM2 lagi,” komen netizen yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI