fbpx

Sungai di 4 negeri melebihi tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Pahang, Kelantan, Selangor dan Johor terutamanya yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan agar berwaspada berikutan empat sungai mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya, petang ini.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kira-kira pukul 4 petang, bacaan aras sungai di Pahang dan Selangor menunjukkan trend menaik.

Di Pahang melibatkan Sungai Triang di Triang, Bera, dengan bacaan 34.5 meter (m), manakala di Selangor ialah di Sungai Kuang di Kampung Melayu Seri Kundang, Gombak dengan bacaan 23.7 m.

Di Johor, Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat bacaan yang dicatatkan adalah 19.95 m, namun dengan trend menurun.

Sementara itu di Kelantan, Rantau Panjang, Pasir Mas, paras air sungai itu tiada perubahan masih dengan bacaan air 9.66 m.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataannya turut meramalkan negeri Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak dilanda hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 7 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI