fbpx

Blok apartmen meletup di Jersey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat meneruskan kerja-kerja menyelamat di blok apartmen terlibat selepas kejadian letupan di Saint Helier, semalam. – PA Media

SAINT HELIER, JERSEY – Anggota-anggota  penyelamat bertungkus-lumus sepanjang malam mencari mangsa terselamat dalam insiden letupan di Saint Helier, Jersey, malam semalam yang memusnahkan sebuah blok apartmen serta meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan api marak menjilat bangunan tiga tingkat di ibu kota pulau tersebut, Saint Helier. Beberapa mangsa yang lain masih hilang.

Letupan tersebut berlaku sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan), beberapa jam selepas terdapat laporan mengenai kebocoran gas di bangunan tepi pantai itu.

“Kawasan kejadian masih terbakar dan pasukan kecemasan bekerja keras sepanjang malam. Kami tidak akan berhenti buat masa ini,” kata Ketua Pegawai Bomba, Paul Brown.

Seorang penduduk berdekatan, Anthony Abbott berkata, tingkap apartmen miliknya pecah di bahagian hadapan akibat terkena serpihan letupan dan terdapat api di merata-rata  tempat di luar kediamannya.

“Keadaan di luar amat cemas. Saya agak terkejut, namun nasib baik kami dalam keadaan selamat,” katanya.

Syarikat pembekal gas Jersey, Island Energy berkata, pihaknya bekerjasama dengan perkhidmatan bomba untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku dalam insiden itu.

Polis berkata, api telah dipadamkan namun, perkhidmatan kecemasan sedang melakukan ‘tugas-tugas penting’ di lokasi kejadian dan operasi menyelamat mungkin mengambil masa berhari-hari.

“Terdapat juga kerosakan pada bangunan berdekatan selain blok lain pangsapuri tersebut juga perlu dipastikan selamat,” kata Ketua Polis Jersey, Robin Smith.

Smith sebelum itu memberitahu bahawa  puluhan mangsa masih hilang namun, angka tersebut mungkin boleh berubah.

Jersey merupakan sebuah pulau bebas di bawah sistem beraja Britain, yang bukan sebahagian daripada United Kingdom, di mana ekonominya bergantung kepada sektor perbankan, pelancongan dan perikanan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI