fbpx

Ikon permotoran direman, ugut sebar video seks bekas teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pemuda tempatan yang juga terkenal sebagai ikon permotoran disyaki mengugut bekas teman wanitanya sejak Oktober lalu.

Suspek ditahan selepas dipercayai terbabit kes memeras ugut video seks bersama wanita tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, Rabu lalu kira-kira pukul 5.40 petang, pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun memaklumkan menerima ugutan daripada bekas teman lelakinya.

“Menerusi siasatan, mangsa mengenali suspek yang berusia 22 tahun pada tahun 2020 dan pada 19 Oktober lalu.

“Kira-kira pukul 3.30 petang suspek mengajak mangsa keluar pukul 11 malam, namun ditolak.

“Suspek kemudian mengugut mahu menyebarkan video mangsa bersamanya melakukan hubungan terlarang di media sosial menyebabkan mangsa takut dan tertekan dengan ugutan itu,” katanya dalan kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek telah ditangkap 9 Disember lalu serta ditahan reman selama empat hari berakhir 13 Disember ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun keseksaan atas ugutan jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI