fbpx

Banjir di enam negeri dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri di Semenanjung.

JPS dalam hantarannya di Facebook berkata, di Johor, daerah yang berisiko banjir kilat adalah Pontian, manakala di Negeri Sembilan adalah Port Dickson.

“Di Melaka, daerah yang berisiko adalah Melaka Tengah dan Jasin, diikuti Pahang (daerah Kuatan, Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh dan Pekan).

“Daerah-daerah di Perak yang berisiko adalah Larut Matang dan Selama, Kerian, Perak Tengah, Batang Padang, dan Hilir Perak, manakala di Selangor pula Sepang, Petaling dan Klang,” katanya.

Tambah JPS, notis ini dikeluarkan berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia, terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.

“Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut,” katanya.

Orang ramai diminta patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI