fbpx

Penjawat awam rugi lebih RM600,000 ditipu sindiket Love Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Seorang penjawat awam tidak sempat menikmati hasil jualan tanah apabila mengalami kerugian lebih RM600,000 selepas terpedaya janji manis seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya tinggal di United Kingdom.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, wanita yang berusia 52 tahun dari Pasir Puteh dekat sini itu mula mengenali lelaki itu melalui Facebook sejak April lalu.

Menurutnya, sepanjang perkenalan mereka, suspek telah menawarkan hadiah wang tunai dolar Amerika Syarikat (AS) dan barang kemas kerana mangsa sanggup berkenalan dengannya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit telah mengarahkan mangsa membuat pelbagai jenis bayaran antaranya pelepasan wang tunai, insurans, sijil pelepasan United Nation, pengesahan bebas bahan kimia dan sijil antipengubahan wang haram.

“Pada peringkat awal, mangsa yang juga seorang ibu tunggal telah membuat transaksi berjumlah RM1,350 ke akaun bank tempatan milik individu kononnya pegawai syarikat kurier.

“Dalam masa sama, mangsa dimaklumkan bungkusan terbabit mengandungi wang berjumlah AS$295,000 dan barang kemas bernilai AS$85,000,” katanya.

Menurut Shafien, mangsa telah melakukan banyak transaksi ke beberapa akaun milik individu berbeza berjumlah RM615,000 sehingga bulan September lalu.

Katanya, mangsa berbuat demikian selepas menerima panggilan daripada syarikat kurier yang memaklumkan akan membuat laporan kepada kerajaan sekiranya gagal membuat pembayaran.

“Sindiket itu telah menggertak mangsa jika tidak membuat pembayaran, dia boleh dihukum penjara 15 tahun dan denda RM5 juta kerana bersubahat membawa masuk wang dengan jumlah yang besar ke dalam negara ini.

“Mangsa yang mengesyaki dia telah ditipu kemudian memaklumkan kepada keluarga sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh semalam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI