fbpx

Tarik balik sokongan rugikan UMNO – Ahmad Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal Azumu (tiga dari kiri) menyampaikan pemenang Anugerah Utama Inovasi Negeri Perak kepada Dr.Ahmad Shafri Hassan (tiga dari kanan) pada Sambutan Hari Inovasi 2020 Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan,Ipoh. Foto oleh - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Pertimbangan UMNO untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang akan merugikan parti itu sendiri.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau sendiri menyatakan UMNO tidak akan berbuat demikian walaupun kenyataan tersebut bukanlah pendirian parti Bersatu.

“Saya tidak fikir UMNO akan menarik semula sokongan kepada kerajaan PN sekarang. Sudah tentu ia tidak memberi kelebihan kepada UMNO dan ahli yang mereka wakili iaitu orang Melayu.

“Saya tidak fikir UMNO akan buat sesuatu yang merugikan mereka, ini pandangan peribadi saya. Terpulanglah kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan UMNO semalam yang mempertimbangkan akan menarik semula sokongan kepada PN.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak itu berkata, setakat ini masih tiada sebarang perbincangan di peringkat tertinggi parti itu berhubung perkara tersebut memandangkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi menjalani kuarantin kendiri.

“Belum ada lagi perbincangan dengan Presiden buat masa ini. Kalau dipanggil untuk bermesyuarat, pasti kami akan memberikan pandangan.

“Bagaimanapun sekarang ini kami lebih ke arah ingin menstabilkan kerajaan dan membantu menyelesaikan masalah ekonomi rakyat dan negara serta bersama-sama melawan pandemik Covid-19 daripada terus berpolitik,” katanya.

Katanya, ia bukan masa yang sesuai untuk dia dan pemimpin di dalam Muafakat Nasional (MN) untuk berpecah, bahkan mereka sepatutnya memastikan kerajaan sekarang berada dalam keadaan stabil untuk mentadbir negara.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI