fbpx

Steven Sim, Ahmad Maslan jual beli pantun di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan (kiri), Steven Sim

PETALING JAYA – Gelagat dua Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong dan Datuk Seri Ahmad Maslan berbalas pantun di Twitter hari ini mendapat perhatian ramai.

Sebelum ini, dua Ahli Parlimen tersebut pernah ‘bertikam lidah’, namun kini berganding bahu dalam satu kementerian.

Sim menerusi hantaran awal di Twitternya sebentar tadi memuat naik ciapan serangkap pantun selepas selesai menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan di Istana Negara.

Katanya, demi pertiwi dia akan bekerja bersama dengan Ahmad di Kementerian Kewangan (MOF).

“Sama-sama dayung bahtera, Dayung arah kota permata, Sama-sama bangun negara, Junjung titah lupa sengketa,” ciapnya.

Tidak lama kemudian, Ahmad membalas ciapan Sim dengan serangkap pantun:

“Kita jumpa di pejabat MOF. “Dayung arah kota permata, Handal panglima jadi hikayat, Junjung Titah lupa sengketa, Ayuh bersama demi rakyat,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI