fbpx

Maqis Johor rampas kayu jati bernilai RM1.96 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa Maqis Johor memeriksa kayu jati yang dirampas hasil penahanan sebuah kapal tongkang dari Myanmar hari ini.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Johor berjaya menggagalkan cubaan sebuah kapal tongkang membawa masuk muatan kayu jati bernilai RM1,964,636.46 dari Myanmar melalui pintu masuk daerah ini hari ini.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia bertindak merampas kayu gergaji seberat 150 tan matrik itu.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan pegawai penguat kuasa Maqis mendapati, dagangan itu menggunakan dokumen yang mengelirukan dan dagangan tersebut disita untuk tindakan lanjut.

“Perbuatan menggunakan dokumen mengelirukan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali mengikut Seksyen 13 akta sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI