fbpx

Mayat wanita mati 10 tahun masih elok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT Margarita dipakaikan gaun putih sebelum dipindahkan. - Jam Press

SANTO DOMINGO, REPUBLIK DOMINIKA – Mayat seorang wanita di Republik Dominika yang dikebumikan 10 tahun lalu telah digali semula dan rambutnya ditemui masih kekal di kepala, lapor akhbar Daily Star semalam.

Keluarga Margarita Rosario terkejut apabila mendapati mayat wanita itu masih utuh setelah menggali nenek mereka keluar dari kubur untuk dipindahkan ke lokasi baharu.

Menurut rancangan televisyen Primer Impacto, rakaman memaparkan keadaan mayat Margarita sebelum dia dipindahkan ke kubur baharu.

Ketika mayat Margarita sedang dipakaikan dengan baju tidur sebelum dipindahkan, mereka mendapati tubuhnya masih kekal dengan kulit yang menutupi tulangnya.

“Lihat, dia masih sama,” kata seorang lelaki dalam klip video berkenaan.

Bercakap kepada Primer Impacto, seorang pekerja di Tanah Perkuburan La Colonia, Antonio Abreu menjelaskan betapa terkejutnya keluarga itu ketika melihat rambut Margarita yang masih tebal.

“Selama 13 tahun saya bekerja di sini, saya tidak pernah melihat perkara seperti itu.

“Mereka berkata bahawa wanita itu baik, mungkin itulah sebabnya dia kekal begitu kerana melakukan banyak kebaikan,” kata Abreu.

Keluarga itu beranggapan bahawa mayat Margarita kurang mengalami penguraian disebabkan dia menjalani hidup dengan menjadi manusia yang baik hati. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI