fbpx

Jatuh cinta sesi ‘Weekly Focus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan El Faruefi diasaskan Nurul Azwani semakin bertambah dengan bisnes kian berkembang dari semasa ke semasa.

KAJANG – Pengisian komprehensif dalam progam pementoran Titanium membuatkan Nurul Azwani Mohd. Akhir kekal fokus dalam perniagaan.

Menurut pengasas Faruefi Resources yang mengeluarkan pakaian muslimah, salah satu sesi kegemarannya ialah ‘Weekly Focus’.

“Benda yang membuatkan saya jatuh cinta dengan sesi mingguan itu akan mengembalikan fokus kita.

“Pada masa sama, ia dapat disampaikan kepada kakitangan untuk fokus pada minggu itu. Jadi setiap minggu kita dah ada rancangan dan kemas kini situasi semasa persekitaran perniagaan,” jelasnya.

Sebelum itu, Nurul Azwani menyertai program anjuran RichWorks semenjak 2016 dengan mengikuti program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Millionaire Marketing Mastery pada tahun sama.

Bisnes semakin berkembang, namun ‘stuck’ apabila berhenti mengikuti sebarang latihan keusahawanan.

“Kemudian saya kembali mengikuti kelas Zero To Million (ZTM) pada 2019 dibimbing oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan akhirnya kini empat tahun dalam Titan,” ujarnya.

Hasilnya, jenama El:Faruefi mencatat jualan RM1.6 juta pada 2021 dan setakat tahun ini telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

“Selain itu, saya paling gembira apabila dapat mengubah dan memperkasakan kakitangan agar dapat berfikir dengan lebih baik.

“Mereka tidak lagi hanya menunggu arahan untuk melakukan tugasan sebaliknya semakin bertindak proaktif,” ujarnya.

Bagi yang berminat mendapatkan busana muslimah pada harga yang berpatutan dan eksklusif, anda boleh ke Facebook El Faruefi Hq.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI