fbpx

Rakyat Jepun tukar trend, pilih makanan sejuk beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Lebih 1,500 jenis makanan sejuk beku ditawarkan di Jepun. - AFP

TOKYO – Sebuah institut di Jepun menamakan makanan sejuk beku sebagai ‘hidangan pilihan untuk tahun 2022’, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Keputusan itu dibuat dengan mengabaikan sebarang hidangan pencuci mulut atau makanan mewah.

Institusi Penyelidikan Guurnavi memaklumkan, daging beku dan piza dipilih sebagai pemenang pada 2022. Ia membayangkan perubahan trend pemakanan dan kehidupan di Jepun terutamanya selepas pandemik Covid-19, lapor stesen penyiaran CNN.

Pemenang hidangan tahun lalu disandang oleh makanan berasaskan tumbuhan atau beberapa masakan Cina yang mewah.

Dalam menentukan keputusan tersebut, institut berkenaan membina sebuah laman web makanan yang membolehkan pengguna mencari makanan yang paling popular dalam kalangan mereka.

Ia seterusnya mendakwa bahawa pandemik Covid-19 menyebabkan ramai penduduk di Jepun makan makanan sejuk beku terutamanya yang sudah dibungkus. Makanan sejuk beku juga didapati membantu tukang masak mengekalkan kualiti makanan.

Data yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jepun mendedahkan bahawa purata wang yang dibelanjakan untuk membeli makanan sejuk beku meningkat sebanyak 20 peratus antara 2019 hingga 2021.

Secara tradisinya, orang Jepun akan membeli barangan runcit segar setiap hari dan memasak makanan segar. Bagaimanapun, sejak pengeluaran barangan runcit beku bertambah semasa pandemik, sudah tentu pilihan itu tidak lagi tersedia.

Pada masa ini, lebih 1,500 pilihan makanan sejuk beku ditawarkan kepada orang ramai oleh Aeon selaku rangkaian kedai runcit makanan sejuk beku terkemuka dan terbesar di Jepun.
Pakar-pakar percaya pemilihan makanan itu berpunca daripada gaya hidup yang berubah. Pada masa ini, ramai individu hidup bersendirian dan mempunyai masa terhad, mendorong mereka memilih makanan yang mudah disediakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI