fbpx

Rebut peluang dapatkan ilmu pertahanan di Puspahanas – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika hadir menyempurnakan Majlis Graduasi MKN, MPAT dan MTAT Tahun 2020 di Puspahanas, Putrajaya hari ini - Foto AMIR KHALID

PUTRAJAYA – Kementerian Pertahanan menyarankan pengurusan kanan sektor awam dan swasta merebut peluang mendapatkan ilmu pertahanan di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) sekali gus membentuk masyarakat berminda pertahanan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kursus yang ditawarkan di Puspahanas tidak hanya terhad kepada angkatan tentera dan pegawai beruniform, tetapi terbuka kepada pegawai kerajaan dan swasta.

Beliau berkata, pihaknya berharap dapat melihat penyertaan pegawai awam dan swasta dalam kursus yang ditawarkan di pusat pertahanan itu pada masa depan

“Ia penting bagi memupuk pemikiran berasaskan keselamatan yang dinamik dan menggalakkan kesedaran lebih luas tentang isu-isu hubungan antarabangsa.

“Kami percaya Puspahanas kelak muncul sebagai salah satu pusat kecemerlangan serantau bagi pengajian berasaskan pertahanan di dalam dan luar negara,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau hadir menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Tahun 2020 di Puspahanas di sini, hari ini.

Katanya, semua orang tidak boleh memandang ringan soal keselamatan dan kedaulatan negara

Mohamad berkata, ramai orang beranggapan Malaysia bukan berada dalam fasa peperangan, namun pihaknya tetap perlu bersedia dan siap siaga dari segi keanggotaan serta aset.

Menurutnya, isu keselamatan dan kedaulatan penting bagi menarik pelabur asing dan ia faktor utama bagi meyakinkan negara luar untuk melabur di negara ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, buat pertama kalinya, majlis graduasi yang berlangsung hari ini menggabungkan tiga kolej serentak iaitu MKN, MPAT dan MTAT.

Seramai 265 graduan membabitkan 21 pegawai kanan daripada MKN, 64 pegawai daripada MPAT dan 180 pegawai 180 MTAT selain 40 graduan luar negara daripada seluruh dunia termasuk Asia, Eropah dan negara-negara Afrika terlibat dalam majlis graduasi tersebut.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI