NALURI keibuan memang begitu, cepat tersentuh apabila berjauhan dengan anak. Tinggalkan sekejap pun dah rindu, ini pula kalau berminggu-minggu.
Itu yang dirasai oleh pelakon dan juga penyanyi cantik Ayda Jebat yang difahamkan kini berada di Taiwan atas urusan kerja yang turut ditemani suaminya, Nabil Mahir.
Mahu atau tidak, Ayda terpaksa meninggalkan anak mereka, Ana Nayla buat sementara waktu. Baru-baru ini, Ayda ada berkongsi sebuah video sedang menangis kerana terlalu rindukan anak perempuannya itu.
Rata-rata netizen yang melihat turut sama sebak dan memahami perasaan yang ditanggung Ayda.
Ramai pengikutnya dalam Instagram terutama kaum ibu berkongsi perasaan sama yang dialami Ayda bila terpaksa meninggalkan anak tersayang.
“Begitulah bila dah ada anak. Pergi mana-mana pun mesti nak bawa anak sebab rindu,” kata seorang netizen.
“Saya duduk wad sebulan, tinggalkan anak-anak dengan mak pun dah rasa rindu lain macam,” komen seorang pengikutnya.
“Tiba-tiba rasa sedih sama. Sabarlah Ayda,” pujuk seorang peminatnya.
Sabarlah, Diva pun tumpang sedih sama dan rasai apa yang Ayda rasakan sekarang. Tapi tak apa, bekerja pun demi anak juga kan. Cepat-cepat balik Malaysia ya.
DIVA: Tak sabar nak menonton program Famili Duo musim kedua sebab peserta kali ini semuanya hebat-hebat!