fbpx

Beberapa kenderaan bawa timbalan menteri angkat sumpah memasuki Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang membawa Timbalan Menteri memasuki Istana Negara sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Beberapa kenderaan membawa Timbalan Menteri mula memasuki Pintu 2, Istana Negara hari ini bagi istiadat mengangkat sumpah.

Mereka mula memasuki perkarangan bermula pukul 2 petang tadi antara kelihatan ialah Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu dan Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari.

Kedua-dua pemimpin itu masing-masing dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Timbalan Menteri Pertahanan.

Ketibaan itu dijadualkan bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia pada pukul 3 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 27 Timbalan Menteri bagi memperkukuhkan saf kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Beberapa muka baharu digandingkan dengan pemimpin berpengalaman dalam pengumuman tersebut – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI